Jumat, 14 Maret 2014
Berita Panas!!! Ketua Cawangan Umno keluar parti masuk KEADILAN
BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi sempena kemasukan mereka.

Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji manis Felda berhubung FGVH.
“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.
“Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia,” jelas Suhaimi.
Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum nanti.
“Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang 50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini,” tambah Suhaimi.
“Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana,” jelasnya./KeadilanDaily

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar