Tampilkan postingan dengan label bantah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantah. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Suami tak bantah pakej urut batin

myMetro 3 Feb 2013

Oleh SHAMRAN SARAHAN dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP

Kuala Lumpur: Asalkan boleh dapat wang, suami tidak kisah isteri melakukan urut ‘geli-geli’ dengan pelanggan, termasuk urutan badan ke badan (B2B). Yang penting, tidak sampai melakukan hubungan seks.
Itu perjanjian lisan antara pasangan songsang terbabit bagi menambah pendapatan keluarga, apatah lagi si isteri hanya suri rumah manakala suami tiada pendapatan tetap.
Namun di belakang suami, sebenarnya ada antara wanita berkenaan terlanjur ke bilik tidur pelanggan apabila menawarkan khidmat urutan di rumah kenalan rapat.

Itu antara pengakuan suri rumah yang sanggup mencari nafkah dengan melakukan urut berahi terhadap pelanggan dengan kebenaran suami semata-mata untuk mendapatkan pulangan lumayan.
FotoANAK lelaki sedang menunggu ibunya mengurut pelanggan.

Aktiviti tidak bermoral itu dikesan Metro Ahad melalui perkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Suraya, 40, melalui sebuah laman web sosial, baru-baru ini.
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

Kajian 63 bantah kudeta sokong Morsi presiden sah

Harakahdaily, 13 Jul 2013
MESIR: Laporan menunjukkan bahawa sebagian besar rakyat Mesir menentang rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Morsi

Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui tinjauan kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.

"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.
Read More..