Tampilkan postingan dengan label terima. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label terima. Tampilkan semua postingan

Jumat, 20 Desember 2013

Tiada Lagi Rundingan…Serah Diri Atau Terima Tindakan! – PERDANA MENTERI


Tiada Lagi Rundingan...Serah Diri Atau Terima Tindakan! - Najib


SUBANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, insiden tembakan membabitkan dua anggota komando VAT 69 yang terkorban semalam merupakan jenayah serius dan kerajaan tiada pilihan melainkan mengambil tindakan tegas.

Perdana menteri berkata susulan kejadian itu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sebarang proses rundingan dengan pihak pemberontak terbabit yang telah melakukan jenayah berat.

“Kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangankan permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.
“… kita hanya ada dua pilihan iaitu sama ada mereka menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan,” kata beliau kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada wira negara di balai ketibaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Anggota yang terkorban ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.
Insiden tembakan tersebut membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Kampung Tanduo.

Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.55 pagi dengan pesawat Charlie dan selamat tiba kira-kira jam 12.35 tengah hari.

Jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Sementara jenazah Koperal Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Kata Najib, Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius.

“Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi semalam, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

“Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan,” katanya dipetik Bernama.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: “perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal.”

sumber
Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Tahniah Wan Azizah terima anugerah Sayyidatina Khadijah

(Oleh: Aliff Fikri)

SHAH ALAM 2 Feb: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima  Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini.

Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.
Ia disempurnakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).
ABIM turut memberi Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’ kepada mantan pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mantan Ketua Helwa ABIM, tokoh aktivis, sains dan dakwah iaitu Allahyarhamah Profesor Dr Khadijah Salleh.

Himpunan dengan tema ‘Kesatuan Fikrah, Kesatuan Matlamat’ turut dimeriahkan dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu rasmi ABIM.
Juara Akademi Al-Quran musim ke 4 terbitan TV9, Ahmad Tarmizi Ali turut menyerikan majlis dengan bacaan Surah At-Tahrim di depan lebih 500 hadirin.
wawi (1)Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub dan pimpinan lain.

Sebelum ini, pada 12 Julai 2008, Wan Azizah dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Read More..