Jumat, 28 Februari 2014
Kamis, 27 Februari 2014
Wanita Putus Cinta Gara Gara Tunangnya Dandan Mirip Wanita
Rabu, 07 Ogos 2013
(c) thesun.co.uk
Memang sebaiknya dalam hal cinta, biarlah lelaki tetap menjadi lelaki dan begitupula wanita. Bila tidak, akan seperti pasangan yang satu ini.
Nikita Penny adalah seorang wanita berusia 20 tahun yang memiliki kekasih bernama Shaun Mitchell. Keduanya sudah bertunangan dan merancang akan berkahwin sebelum satu kenyataan yang mengejutkan diceritakan oleh Shaun.
Pemuda tersebut mengaku pada Nikita bahawa diasenang menggunakan pakaian wanita. Nikita cukup terkejut dengan hal tersebut. Namun wanita ini lebih terkejut lagi ketika sang tunangan berpenampilan super mirip dengan dirinya. Shaun menggunakan wig dengan model rambut yang sama, lipstik warna pink dan stocking dari bahan lace.Dengan penampilan yang sangat mirip dengan Nikita itu, Shaun mengatakan bahawa d ia adalah seorang lesbian yang terjebak dalam tubuh yang salah. Tentu saja hal ini membuat Nikita tidak habis fikir dan memutuskan untuk meninggalkan kekasihnya.
"Awalnya dia bilang bahawa dirinya adalah crossdresser, aku ingin mendukungnya. Aku adalah orang yang open minded. Namun ketika dia menjadi sangat mirip denganku, aku melihat kekasihku berubah jadi saudara kembarku. Aku ingin pacar, bukan saudara kembar," ujar Nikita menceritakan alasannya memutuskan Shaun.
Nikita masih boleh mentoleransi bila kekasihnya senang menggunakan pakaian wanita. Mereka bahkan sempat berbelanja bersama. Namun dia tak dapat menerima ketika kekasihnya mulai berdandan seperti perempuan, bahkan berpenampilan mirip dengan Nikita, ia tak dapat menerima hal itu.
Semenjak putus dengan Shaun, Nikita mulai meninggalkan pemuda itu dan segala kenangan di antara mereka. Ia kini lebih memilih sahabat Shaun yaitu Matt yang dapat mengisi kekosongan di hatinya.Well, hubungan zaman sekarang memang terbilang rumit. Kadang lelaki menjadi sensitif seperti wanita atau wanita yang menjadi begitu cuek seperti lelaki. Namun kalau sudah berubah kelakuan seperti ini, tak mengherankan bila akhirnya keduanya terpaksa berpisah.
sumber:Vemale.com
Selasa, 25 Februari 2014
Seluar Dalam Ini Harganya Hampir RM2 Ribu!
Seluar Dalam Ini Harganya Hampir RM2 Ribu! - Di Amerika, ada sebuah syarikat pakaian dalam mewah berjenama Kiki De Montparnasse.
Mereka menawarkan pakaian dalam seksi yang sesuai dipakai ketika malam jumaat bagi ‘menambahkan’ umat manusia.
Sungguhpun begitu baru-baru ini mereka menawarkan seluar dalam mewah yang ‘hodoh’ pada harga diantara USD 595- 625 (RM 1,889 – 1,984) sepasang.
Kenapakah ianya mahal?
Kerana ianya dibuat dari kain CASHMERE.
The same kain used on PASHMINA yang dipakai hijabis sekarang.
Maybe kalau anda pakai pashmina dan mahu matching panties this is the panties for you! – blogserius.blogspot
Senin, 24 Februari 2014
Prihatin Masalah Jantung Di Hari Lebaran
JIKA anda berumur 40 tahun ke atas dan mudah sangat mengalami sesak nafas ketika bersenam, berjalan kaki atau ketika menaiki tangga, anda dinasihatkan agar segera pergi menjalani pemeriksaan jantung.
Lebih-lebih lagi di Hari Raya ini. Dengan makanan di sana sini, pastinya ia akan memudahkan kita mengalami masalah jantung jika kita tidak berhati-hati tentang apa yang kita makan.
Pakar Bedah Kardiothorasik Institut Jantung Negara (IJN) Dr Jeswant Dillon berkata tanda-tanda itu merupakan petunjuk awal seseorang itu mungkin mengalami masalah pada injap jantung atau mengalami masalah koronari.
TANDA-TANDA AWAL
Jika anda ada kemungkinan terkena penyakit jantung, anda akan berasa sakit di bahagian dada sebelah kiri dan kerap kali susah menarik nafas.
Menurut Dr Jeswant, keadaan jantung berbeza-beza mengikut individu tetapi mereka yang berisiko berdepan masalah jantung ialah mereka yang berumur 40 tahun ke atas bagi lelaki dan 45 tahun ke atas bagi wanita.
“Kadang-kadang bukan sahaja petunjuk itu dirasai ketika menjalani senaman tetapi juga ketika hendak tidur dengan kedudukan bantal menyebabkan mereka sakit dada dan orang seperti ini mungkin mendapat serangan jantung,” katanya kepada Mynewshub.my
Beliau memberi peringatan kepada individu yang mengalami tanda-tanda sebegini supaya membuat pemeriksaan jantung agar masalah pada jantung dapat dikesan di peringkat awal.
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT
Tidak dinafikan, menurut Dr Jeswant, cara untuk mencegah masalah pada jantung ialah mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman yang konsisten dan menjalani aktiviti fizikal untuk menguatkan jantung.
Pada sambutan Aidilfitri kali ini juga elok jika diamalkan pengurangan garam dan gula dalam pemakanan kita. Pengurangan gula dalam minuman adalah langkah paling sesuai dan berkesan dalam menangani risiko diserang masalah jantung.
“Mulakan pada Aidilftri kali ini dengan belajar mengurangkan jumlah gula dalam minuman kerana ia lebih sihat untuk jantung anda,” katanya.
Menurut beliau, orang ramai boleh mendapatkan pemeriksaan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) yang menawarkan kadar rawatan dengan kos yang jauh lebih rendah.
Bagaimanapun menurut beliau, biarpun kerajaan telah menyediakan teknologi canggih untuk mengatasi masalah serangan jantung di negara ini, adakah sikap masyarakat yang peka dengan perkembangan kesihatan diri mereka sekaligus menghadirkan diri menjalani pemeriksaan. – Mynewshub.my
OLEH : IBNU K
Minggu, 23 Februari 2014
Jembatan Paling Mengerikan Di Inggris
Jembatan yang terdapat di bawah tanah ini mungkin merupakan gambaran dari Khazad-d?m in the Mines of Moria,di mana Gandalf berhadapan dengan Balrog dalam film The Lord of the Rings.
Jembatan ini adalah peninggalan bekas aktifitas penambangan bawah tanah di Inggris,
dan terdiri dari jembatan kayu yang didukung oleh rantai besi berkarat yang dibawahnya tebing-tebing terjal yang siap memangsa kita.
sumber
Orignal From: Jembatan Paling Mengerikan Di Inggris
Label:
di,
inggris,
jembatan,
mengerikan,
paling
Sabtu, 22 Februari 2014
Tip Resume kerja yang baik
Bagi remaja yang telah menamatkan pelajaran dan bakal menempuh alam pekerjaan, Saya senaraikan beberapa tip resume yang baik.
Bilangan muka surat
BILANGAN muka surat kadangkala memainkan peranan penting dalam mengtinjauankan ringkasan kerja (resume) yang dikehendaki sesebuah syarikat. Ini kerana, ada sesetengah syarikat memerlukan resume yang pendek. Ada pula syarikat lebih cenderung kepada resume panjang dan terperinci.
Hakikatnya, penemuduga hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk membaca segala isi resume anda.
Justeru, sediakan resume yang ringkas tetapi padat. Resume terlalu panjang menyebabkan penemuduga terlepas pandang isi-isi resume yang penting. Jadi, disarankan resume tidak melebihi dua muka surat.
Maklumat peribadi
Maklumat peribadi harus diisi mengikut kesesuaian kerja yang dipohon. Sekiranya kerja itu memerlukan hobi dan minat tertentu, pemohon perlu menulisnya secara ringkas.
Apa yang mesti ada adalah nama, alamat, nombor telefon, e-mel dan faks. Dinasihatkan, sekiranya resume anda melebihi satu muka surat, letakkan nama anda pada setiap helaian.
Tujuan atau objektif
Perkara paling penting yang harus dinyatakan pemohon. Namun, tidak semua pemohon membuatnya.
Objektif maksudnya jawatan yang dikehendaki. Kadangkala, sesebuah syarikat membuka peluang pekerjaan untuk beberapa jawatan. Jika pemohon tidak meletakkan jawatan yang dipohon, pihak syarikat tidak teragak-agak mengenepikan resume anda.
Pendidikan
Ia merujuk pencapaian akademik anda. Tetapi, ia tidak termasuk keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Memadai dengan hanya menyatakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kelulusan yang seterusnya.
Aktiviti dan anugerah
Jangan sesekali ambil mudah mengenai aktiviti dan anugerah. Bahagian ini penting kerana ia menentukan sama ada anda seorang yang aktif atau bertanggungjawab.
Senaraikan aktiviti serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak aktiviti yang anda sertai, letakkan beberapa yang terbaik sahaja.
Selain itu, pengiktirafan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum perlu disenaraikan dalam satu ruang khas. Senaraikan segala anugerah relevan yang pernah diterima. Ia boleh menjadi bonus untuk anda bersaing dalam pemilihan pertama.
Kemahiran dan kursus
Senaraikan sekali kemahiran dan kursus yang diperoleh kerana ia akan menarik minat majikan untuk menemuduga anda.
Jika anda memang mempunyai kemahiran tersendiri, jangan malu untuk menyenaraikannya.
Kebolehan dan kelebihan
Kebolehan anda merupakan aspek yang dinilai oleh majikan. Kebolehan anda dalam melakukan sesuatu menjadikan sesebuah syarikat lebih berminat dengan anda.
Jangan melakukan pemalsuan. Ini kerana penemuduga mampu menilai apa sahaja aspek pencapaian anda.
Pengalaman
Kebanyakan majikan sangat tertarik kepada pemohon yang berpengalaman. Sebabnya, mereka tidak perlu lagi memberi latihan kerja. Jadi, senaraikan pengalaman serta nama syarikat anda bekerja sebelum ini.
Gaji
Permintaan gaji yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi berikutnya. Namun, permintaan gaji yang terlalu rendah mungkin merugikan anda kelak. Justeru itu, sebelum membuat sebarang keputusan, selidik terlebih dahulu keselarasan gaji pokok di syarikat terbabit dengan jawatan yang dipohon.
Gambar
Menjadi amalan syarikat-syarikat di Malaysia yang mahukan gambar disertakan bersama resume.
Sebenarnya, gambar merupakan persepsi awal seseorang penilai mengenai pemohon. Gambar yang memiliki ciri-ciri kemas, ceria dan bersemangat lebih menarik perhatian penilai.
Kebanyakan pemohon gagal meletakkan gambar yang menepati ciri-ciri tersebut, menyebabkan penilai mempunyai persepsi yang kurang elok terhadap pemohon.
Rujukan
Perlu disertakan di dalam resume. Sekurang-kurangnya pemohon perlu meletakkan dua sumber rujukan.
Tujuan rujukan adalah untuk memperkuatkan lagi kelayakan jika anda terpilih ke sesi temuduga. Letakkan maklumat seperti nama, nombor telefon, e-mel, faks, jawatan dan alamat sumber.
Sumber: jawatankosong.com.my
Jumat, 21 Februari 2014
Anggota Sleeq Ikut Jejak Aaron Tinggal Di Malaysia
AHLI kumpulan Sleeq iaitu Syariff bakal mengikut jejak langkah mentornya, Aaron Aziz untuk menetap di Malaysia pada Oktober depan.
Syariff atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad, 22, berkata, sudah tiba masanya untuk dia bersama seorang lagi ahli Sleeq, Aliff Abdullah, 22, memberi tumpuan kepada karier nyanyian dalam industri seni negara ini.
“Aaron ada memberi nasihat untuk kami menetap di sini (Malaysia). Senang untuk saya dan Aliff bekerja dan tak perlu nak ulang alik dari sini ke Singapura.
“Apabila selesai semua urusan penting di Singapura kami terus merancang menetap di sini pada bulan depan,” katanya.
Syariff ditemui pada sidang media drama terbaharu saluran Astro Ria berjudul Sahabat di GSC The Gardens di sini pada Selasa.
Tambah Syariff keputusannya untuk menetap di negara ini dibuat memandangkan dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan pula.
“Sebelum ini saya pernah berlakon beberapa drama di Singapura sebelum menjadi penyanyi berkumpulan.
“Jadi saya mengasah bakat lakonan di sini pula dan Alhamdulillah drama Sahabatmenjadi kerja lakonan sulung saya,” ujarnya.
Beritahu Syariff, dia juga bersedia menerima komen-komen orang tidak kira positif mahupun negatif mengenai bakat lakonannya.
“Saya mahu berjaya seperti Aaron. Dia merupakan idola pertama saya dalam membentuk kejayaan dalam bidang seni ini. Jadi saya perlu terima apa sahaja kritikan yang bakal tiba,” tuturnya.
Sementara itu, Sahabat yang turut dibarisi pelakon Liyana Jasmay, Sara Ali, Izzue Islam dan Syukri Yahya merupakan terbitan Suhan Movies &Trading Sdn Bhd.Ia mengisahkan tentang kehidupan tujuh remaja yang berbeza personaliti dan latar belakang ingin mengejar impian mereka.
Drama 36 episod itu akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 5.30 petang bermula 16 September ini menerusi saluran Astro Ria. – mStar
Rabu, 19 Februari 2014
Pelajar ponteng puasa ditahan
KUALA NERUS – Ramadan belum cukup memberi keinsafan kepada lima pelajar apabila ditangkap dalam Operasi Ponteng dan Merokok di beberapa lokasi tumpuan pelajar bermasalah.
Operasi oleh Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak dengan kerjasama lebih 20 agensi kerajaan, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), bertujuan memberi peringatan kepada pelajar bahawa aktiviti mereka sentiasa diperhatikan.
Pengerusi Komuniti Kepolisan Balai Polis Gong Badak, Md Azmi Abd Aziz berkata, fokus utama operasi itu ialah mencegah pelajar yang terbabit dengan aktiviti tidak sihat daripada terjebak dengan kegiatan yang lebih teruk.
“Tujuan utama kita ialah memberi kesedaran kepada mereka. Pelajar yang berjaya ditangkap diberi kaunseling dan nasihat supaya mereka tidak mengulangi kesilapan sama dan bukannya untuk menghukum semata-mata.
“Bagaimanapun, pihak kami akan sentiasa bertegas dalam usaha mencegah aktiviti yang tidak bermoral daripada terus menular dalam kalangan pelajar dan pada masa sama kita memerlukan kerjasama serta penglibatan semua pihak termasuk masyarakat sekeliling untuk bertindak sebagai mata dan telinga pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui sebaik selesai operasi berkenaan, di sini, semalam.
Tiada tindakan diambil
Menurut Md Azmi, kelima-lima pelajar dari dua sekolah yang sememangnya menjadi tumpuan kaki ponteng itu ditahan kerana berada di luar ketika waktu persekolahan dan setelah disiasat, mereka turut diberi teguran agar tidak mengulangi kesilapan sama.
“Setakat ini, dalam mana-mana operasi yang kita jalankan, kita tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pelajar yang ditahan kerana tumpuan kita untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada mereka supaya berubah.
“Selain itu, masyarakat sekeliling terutama yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak sihat melibatkan pelajar diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana dengan cara itu secara tidak langsung mampu menyelamatkan masa depan mereka,” katanya.
Hantar ikuti kursus
Sementara itu, mengulas mengenai operasi yang memasuki edisi keenam itu, pihaknya juga turut menjalin kerjasama dengan Batalion Ke-18, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sri Pantai untuk menghantar pelajar yang didapati bermasalah mengikuti kem atau kursus untuk memantapkan lagi disiplin diri.
“Setelah perbincangan bersama dibuat, kami bersetuju menghantar mana-mana pelajar yang bermasalah mengikuti kursus di kem berkenaan dengan harapan mampu membentuk diri ke arah yang lebih baik kerana cara terbaik untuk memulihkan pelajar bermasalah ialah dengan memahami masalah dihadapi mereka.
“Justeru, kita berharap agar dengan cara ini dapat melatih pelajar terbabit supaya tidak mengulangi kesilapan sama, sebaliknya memberi tumpuan terhadap pelajaran,” katanya.
Menurut beliau, UMT turut menyatakan persetujuan dengan menjadikan pelajar yang bermasalah sebagai adik angkat kepada penuntut universiti berkenaan supaya mampu memberi sumber inspirasi untuk berjaya seperti kakak dan abang angkat mereka nanti.
“Formula atau sistem baru yang akan kita laksanakan ini diharap mampu memberi keberkesanan dalam usaha mengurangi gejala ponteng dan merokok yang melibatkan pelajar sekolah kerana kita difahamkan jumlah terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini sentiasa bertambah dan perlu dibendung segera,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau turut berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan pelbagai agensi yang nyata sentiasa meningkat dari masa ke semasa.
"Dalam operasi selama dua jam ini, ia disertai lebih 60 orang," katanya.
Teko Minimalis Ini Membuat Minum Teh Menjadi Lebih Keren
Jika biasa teko berbentuk melengkung dan bulat, serta bentu yang tradisional. Lupakan lah bentuk tersebut.
Sekarang ada teko yang memiliki bentuk ramping memanjang yang membuat minum teh lebih nyaman dan keren bernama Quattro.
Quattro dirancang oleh Snezana Jeremic yang memungkinkan peminum untuk menuang teh dengan mudah tanpa mengangkatnya, serta bisa dibalik dan dijadikan pegangan, membuat teko ini menjadi portabel.
Anda suka bentuk teko minimalis yang keren ini?
Langganan:
Postingan (Atom)