Selasa, 04 Februari 2014
Dr Siti Hasmah bimbang hidupnya dipentaskan
sinarharian
9 November 2012
BEBERAPA jam sebelum pementasan pembukaan tribute teater Tun Siti Hasmah-Dari Hati Seorang Perempuan bermula, watak utama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang menemui pelakon-pelakon teater untuk memberikan kata-kata semangat, petang ini.
Dr Siti Hasmah akui bimbang apabila kisah hidupnya bakal dipentaskan pada malam ini.
"Saya tidak mahu menunjukkan saya bimbang... saya bimbang bila Eirma (pengarah, Eirma Fatima) datang dan beritahu saya kena berlakon pada bahagian akhir," katanya yang disambut dengan gelak daripada seluruh krew produksi teater tersebut.
Beliau melahirkan kekaguman hasrat produksi yang mementaskan cerita tentang dirinya.
"Saya tahu susah sebab panjang. Banyak bab yang berlaku dalam riwayat saya tetapi saya harap cerita saya, doktor perempuan Melayu pertama yang berkhidmat untuk rakyat jelata antara yang ditonjolkan," katanya.

Pada masa sama, beliau sempat memaklumkan bahawa dirinya tidak dapat menonton persembahan pembukaan ini.
"Jangan bimbang, saya tak akan berada di sini, malam ini," katanya.
"Jangan bimbang, saya tak akan berada di sini, malam ini," katanya.
Beliau yakin pementasan yang menelan belanja lebih RM 2 juta itu akan dilaksanakan dengan baik.
Katanya sambil berseloroh, "saya tak pernah dapat promosi besar-besaran seperti ini. Kalau orang undi saya dah boleh menang dalam pilihan raya."
Beliau menambah disambut dengan tepukan krew produksi, "saya winnable candidate lah."
Sinar Harian Online dimaklumkan bahawa Dr Siti Hasmah tidak dapat menghadiri pementasan hari pertama teater, namun akan hadir pada pementasan hari terakhir pada 19 November.
Seluruh krew produksi kelihatan teruja bertemu dengan watak utama teater lakonan mereka itu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar