Tampilkan postingan dengan label adik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label adik. Tampilkan semua postingan

Minggu, 22 Desember 2013

Rahim R2 Singkir Adik Kerana Mamat Sepah


Nampaknya kumpulan lawak adik beradik yang dilahirkan menerusi program realiti Raja Lawak, R2 kemungkinan akan dibuburkan apabila Rahim R2 mengambil keputusan untuk menyingkirkan adiknya iaitu Ridhzuan Mat Ali.

Penyingkiran itu dibuat bagi membolehkan dia bergandingan bersama dengan Mamat (Sepah) yang kini bergerak secara solo. Khabarnya lagi Rahim dan Mamat sudah sepakat mahu mengunakan gelaran ‘Kucai’ sebagai kumpulan baru yang akan mereka umumkan nanti.

Penyingkiran Ridhzuan dalam projek terbaru Rahim ini nyata mengundang persoalan kerana sebelum ini pernah juga dia mahu menubuhkan kumpulan baru bersama Man Raja Lawak tidak lama dulu. Katanya Rahim tidak berpuas hati dengan prestasi Ridhzuan dalam arena lawak dan merasakan sudah memberikan adiknya itu banyak peluang untuk memajukan diri tetapi menghampakan.

Penubuhan kumpulan Kucai ini juga dibuat kerana mereka merupakan salah satu kumpulan yang akan beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega musim yang baru tidak lama lagi dan juga telah memilih Munir (Phyne Ballerz) sebagai ahli yang ketiga. Sama – sama kita nantikan adakah gandingan Kucai oleh Rahim, Mamat dan Munir mampu menarik perhatian penonton di pentas MLM. – Buahmulut

Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Pukul Dan Tumbuk Adik Ipar Sebelum Rogol


Pukul Dan Tumbuk Adik Ipar Sebelum Rogol
KOTA BHARU : Perlakuan ganas seorang buruh yang memukul dan menumbuk adik iparnya sebelum merogol wanita itu, mendapat balasan apabila dia dihukum 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh mengaku bersalah.
Dia mengaku merogol isteri adiknya yang berusia 17 tahun itu di bilik rumahnya di Belakang Penjara Kampung Landak, Pengkalan Chepa di sini, pada jam 3 pagi, 27 Mei 2011.
Berdasarkan fakta kes, pasangan suami isteri yang berada di ibu mereka di kampung sama didatangi tertuduh sebelum dia memukul dan mengheret mangsa keluar.
Mangsa yang ketakutan hanya menuruti tertuduh sementara suaminya juga tidak dapat berbuat apa-apa kerana takutkan tertuduh.
Tertuduh kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan sekali lagi bertindak ganas dengan memukul pengadu sebelum mengheretnya ke bilik dan merogol mangsa.
Keesokannya, pengadu menceritakan kejadian itu kepada suaminya dan membuat laporan di balai polis Pengkalan Chepa.
Siasatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam di badan dan bengkak di bibir mangsa selain laporan asid deoksiribonukleik positif.
Dalam keputusan semalam, Azman turut mengarahkan hukuman terhadap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan dua hari selepas kejadian. – Sinar Harian
Read More..