Minggu, 22 Desember 2013

Rahim R2 Singkir Adik Kerana Mamat Sepah


Nampaknya kumpulan lawak adik beradik yang dilahirkan menerusi program realiti Raja Lawak, R2 kemungkinan akan dibuburkan apabila Rahim R2 mengambil keputusan untuk menyingkirkan adiknya iaitu Ridhzuan Mat Ali.

Penyingkiran itu dibuat bagi membolehkan dia bergandingan bersama dengan Mamat (Sepah) yang kini bergerak secara solo. Khabarnya lagi Rahim dan Mamat sudah sepakat mahu mengunakan gelaran ‘Kucai’ sebagai kumpulan baru yang akan mereka umumkan nanti.

Penyingkiran Ridhzuan dalam projek terbaru Rahim ini nyata mengundang persoalan kerana sebelum ini pernah juga dia mahu menubuhkan kumpulan baru bersama Man Raja Lawak tidak lama dulu. Katanya Rahim tidak berpuas hati dengan prestasi Ridhzuan dalam arena lawak dan merasakan sudah memberikan adiknya itu banyak peluang untuk memajukan diri tetapi menghampakan.

Penubuhan kumpulan Kucai ini juga dibuat kerana mereka merupakan salah satu kumpulan yang akan beraksi di pentas Maharaja Lawak Mega musim yang baru tidak lama lagi dan juga telah memilih Munir (Phyne Ballerz) sebagai ahli yang ketiga. Sama – sama kita nantikan adakah gandingan Kucai oleh Rahim, Mamat dan Munir mampu menarik perhatian penonton di pentas MLM. – Buahmulut


Tidak ada komentar:

Posting Komentar