Minggu, 29 Desember 2013

Pengalaman Paling Pahit Seorang Perompak

Perompak

Niat seorang perompak di Hamilton, New Zealand bukan sahaja terbantut malah dia mengalami trauma hingga menjerit sekuat hati sebaik melihat mayat tergantung dalam rumah yang dipecah masuknya.
Dalam keadaan panik dia turut menelefon pihak polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.
Sebagai tanda terima kasih atas tindakan ‘bertanggungjawabnya’ itu, pihak polis tidak mendakwanya atas tuduhan pecah masuk rumah.
Sarjan Freda Grace menyatakan, jika tidak kerana dimaklumkan perompak itu mayat tuan rumah berkenaan semestinya tergantung selama beberapa hari tanpa diketahui hingga membusuk dan menimbulkan masalah lain. Dijangkakan, kejadian bunuh diri berlaku kira-kira sejam sebelum rumah itu dipecah masuk.
Bagaimanapun tambahnya, jika perompak berkenaan tidak menelefon polis sekalipun, pihak polis sebenarnya akan tetap tiba di lokasi kejadian kerana mereka turut menerima panggilan daripada jiran melaporkan terdengar jeritan kuat perompak yang terkejut dari rumah berkenaan.
Oleh: REM RAMZI

Tidak ada komentar:

Posting Komentar