Senin, 23 Desember 2013
Tak Nak Cakap Zizan Kekasih Saya – Emma
Walaupun mereka tidak pernah memberi pengakuan sedang hangat bercinta, namun rata-rata peminat di luar sana dapat menghidu sejauh mana keakraban hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak.
Ini dibuktikan dengan apabila ramai pernah terserempak kedua-duanya saling berpegangan tangan ketika ditemui di pusat membeli-belah sebelum ini.
Emma menerusi Harian Metro menyatakan bukan niatnya untuk berteka-teki dengan peminat mengenai hubungan mereka sebaliknya dia ada sebab kenapa berbuat demikian.
“Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.
“Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat,” jelasnya.
Emma juga akan mendedahkan kepada umum sekiranya benar Zizan kekasihnya, sekiranya benar tertulis jodoh di antara mereka berdua kelak.
“Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini,” katanya lagi.
Hubungan kedua-dua figura popular ini mula diperkatakan sejak mereka mula rapat selepas membintangi filem arahan Mamat Khalid berjudul Werewolf Dari Bangladesh yang akan ditayangkan pada tahun hadapan.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar