Selasa, 17 Desember 2013
Jenazah Sherul Akhirnya Di Kebumi Jua
Jenazah Sherul Akhirnya Di Kebumi Jua | Akhirnya, selepas genap 60 hari, jenazah seorang pemuda yang sekian lama tersimpan di Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Sherul Aizam Mohd. Damanhuri, 27, dikebumi jua oleh keluarganya semalam.
Jenazah tersebut dituntut bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi semalam kira-kira jam 11 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar selepas solat Zohor.
Dalam pada itu, Mohd Damanhuri menegaskan bahawa tuntutan jenazah terbabit bukan desakan dari mana-mana pihak.
Sebelum ini, mayat Sherul Aizam enggan dikebumikan bapanya kerana mahukan bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama. sumber
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar