Senin, 23 Desember 2013
SAH CUTI DITUKAR KEPADA JUMAAT DAN SABTU BERMULA 1 JANUARI 2014 SULTAN JOHOR
SUPAYA rakyat negeri ini dapat beribadat dengan tenang. |
Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.
Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.
LIHAT VIDEO
"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja, Muar.
Spekulasi pertukaran hari cuti HUJUNG minggu di negeri itu timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.
Pada ketika ini, negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.
Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.
SUMBER
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar