Jumat, 20 Desember 2013
Nestle Temui Daging Kuda Dalam Pasta
BERN - Syarikat makanan terbesar dunia, Nestle membatalkan pengedaran produk pasta daging ke Itali dan Sepanyol selepas ujian mendapati ianya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) kuda.
Nestle yang berpangkalan di Switzerland sebelum ini mendedahkan produknya tidak terlibat dengan skandal itu tetapi mendedahkan lebih 1 peratus dalam dua produknya mengandungi DNA kuda.
"Kami terpaksa melaporkan penemuan ini," kata jurucakap Nestle.
Syarikat itu terpaksa menarik balik dua produk pasta iaitu Buitoni Beef Ravioli dan Beef Tortellini di Itali dan Sepanyol.
Nestle turut menangguhkan penghantaran kesemua produk berasaskan daging di Jerman dan sejenis produk sejuk beku di Perancis.
Penemuan ciri-ciri daging kuda dalam produk yang dilabelkan sebagai daging lembu itu merebak ke seluruh
Eropah sejak bulan lalu, sekali gus memaksa pengedarannya ditarik balik.
Malah, keadaan itu turut mengundang rasa marah pengguna serta kerajaan melancarkan siasatan terhadap sistem pemprosesan bekalan makanan sedia ada.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar