Senin, 30 Desember 2013
Hishammuddin kata penahanan Xenophon bukan sebab politik
Malaysiakini Feb 16 2013 |
Penahanan Senator Australia Nick Xenophon di lapangan terbang di Sepang pagi tadi tiada kaitan dengan unsur politik dan dibuat mengikut "undang-undang", kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata, langkah itu sesuatu yang biasa yang turut dilalui oleh rakyat Malaysia yang ke luar negara, lapor Sinar Harian hari ini.
"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Imigresen pagi tadi, beliau masih ditahan. Ini isu imigresen, dan ini perkara biasa rakyat Malaysia juga melalui perkara yang sama dan tidak dibenarkan masuk. Tidak ada yang istimewa pada dia ( Xenophon).
"Penahanan ini juga tiada unsur politik. Saya percaya penahanan itu mengikut undang-undang," katanya selepas berucap pada Majlis Jelajah Anak Malaysia dekat Putrajaya pagi tadi.
Menurut beliau, spekulasi yg mengatakan penahanan Xenophon adalah kerana beliau dianggap musuh negara adalah tidak benar.
"Tidak perlu buat spekulasi. Ini perkara biasa jangan putar belitkan keadaan.
"Kita ambil tindakan mengikut undang-undang. Pihak imigresen akan selesaikan perkara ini," katanya.
Xenophon telah dihalang daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar